Tuesday 13 March 2012

ANTARA CABARAN MENJADI AGENTS INSURANCE

cabaran menjadi agents insurance,

Sekarang ni aku ada mengalami beberapa keresahan and aku tak pasti macam mana nak cakap dekat orang-orang yang terlibat berkenaan dengan keresahan aku ni. Aku sendiri pun tak sangke jugak benda-benda ni semua akan jadi dekat aku.
Tapi nampaknye dalam tak sangka tak sangka tu, jadi jugak dekat aku. Haish… Dah la benda ni melibatkan duit, adoi la. Bila libatkan duit ni, kang tak pasal-pasal boleh putus saudara pulak aku.
Guys and girls (and others), this is about my ex-client.
Before this aku kan pernah jadi agent takaful. So, since sekarang ni aku dah berenti jadi agent, so, ini jugak bermakna client-client aku tu semua jugak dah berenti menjadi client aku la kan.
Hari ni aku rasa tak sedap ati pulak dengan polisi client-client aku. Aku rase macam ade yang tak kena je.
So, to cut it short, aku pun bukak la website etiqa and call die punye general line. Someone pick up the call, and bla bla bla
Aku bagitahu ape aku nak, and tak lain dan tak bukan.. Aku nak kan maklumat status polisi ex-client aku. Masih aktif ke, dah expired ke?
And jawapan yang aku terima memang sangat-sangat la mengecewakan. Aku yakin yang diorang ni semua pun tak aware yang polisi diorang ni dah lapsed.
Ok.. This is something yang maybe aku rase patut aku share. For those yang buat potongan bank (autodebit) untuk buat bayaran premium/sumbangan takaful. Make sure korang ni bukanlah jenis yang simpan cukup-cukup (just enough) dalam akaun.
Kalau bulanan korang kena bayar sebanyak RM200, make sure lah dalam akaun korang sentiasa ada RM400 and above. Ini dikira sebagai safe limit.
Kenapa?
Right, setiap kali bank buat bayaran bagi pihak korang secara autodebit kepada syarikat insurans (termasuk mana-mana syarikat yang menerima bayaran berbentuk autodebit), pihak bank akan charge some amount of money ataupun transaction charge.
Kalau kebetulan bulan tu amount dalam akaun bank korang tak cukup… Dia tak akan potong pape, dan bulan tu akan dikira sebagai potongan automatik tak berjalan, dan mod pembayaran akan ditukar terus kepada tunai.
Maksudnye? Of course something yang aku tak suka.
Rupenye ex-client aku ni dah terkena benda ni. So, ada beberapa bulan potongan bank tak jalan, dan sekarang ni siap ade tertunggak pulak. Bengong betul. Nasib baik perlindungan masih aktif lagi.
Yang kes lain pulak, dah lapsed terus. Lepas tu ada amount outstanding pulak tu. Argh… Tension aku. Kalau nak hidupkan balik polisi, kena pulak clearkan amount yang masih hutang, lepas tu kena pulak isi borang  akuan kesihatan. Leceh gile.
Yang peliknye, tak ada pulak apa-apa reminder dari etiqa! Rupenye reminder tu ade, tapi alamat dia dah sesat. Pergi hantar ke alamat agensi.
Yang agensi ni pulak diam je, dah dapat duit lepas tu buat tak tau je. Tak bertanggungjawab langsung. Banyak kali dah aku isi borang tukar alamat kepada alamat peribadi, tapi masih sama jugak. Tetap tak update.
Sekarang ni entah macam mana la aku nak explain dekat ex-client aku ni semua pasal polisi-polisi diorang ni semua. Takkan nak aku ganti duit diorang ni semua pulak. Dekat RM1,000 tu.
So, jenis pembayaran paling baik aku rasa adalah tunai. Mintak agent tu datang jumpe korang tiap2 bulan. Insya Allah tak akan terlupa atau terlepas buat bayaran.

Monday 12 March 2012

medical card etiqa takaful, apa yang dilindungi

Medical card eTiQa Takaful atau nama betulnya Medic Save Rider banyak membantu anda dikala anda amat memerlukan bantuan perubatan. Medical card ini digunakan jika anda dimasukkan ke hospital (warded), bukan untuk out-patient.

Tujuannya adalah untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yg melambung tinggi sekarang, terutamanya di hospital swasta macam kes ibu En Firdaus yang saya share sebelum ni.

Ada sahabat2 saya di agensi kerajaan kata mereka tak perlukan medical card, sebab government dah cover 'semua'. Saya tanya balik, 'semua' tu apa? Mereka kata mereka hanya perlu daftar di hospital kerajaan untuk dapatkan bantuan perubatan. tapi cuba anda bayangkan, adakah anda akan mendapat bantuan perubatan SEGERA jika anda mendaftar di hospital kerajaan?

Jadi, ini saya perkenalkan medic save rider medical card yang dapat membantu anda:
klik la kat gambar2 tu untuk view lebih jelas ok

Berikut saya paparkan benefit yg akan anda dapat sekiranya anda memiliki medical card ni:




dermakan kepada tabung Tabarru' kami lebih kurang RM80-Rm100 sebulan dan anda akan mendapat manfaat seperti di atas. Bukan kah lebih tenang jiwa dan perasaan kite jika kita semua sudah bersedia dengan bantuan perubatan dikala penyakit menimpa?

Akibat tiada persediaan awal

Parah bil hospital
Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my
2010/11/22 
Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi 

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu. 


Berita harian 22 Jan 2002
72 Peratus Pesara habiskan duit KWSP tiga tahun.


Kosmo Isnin 5 Mei 2006
Hospital Swasta Pentingkan Wang
    ".....Duit dulu, baru kira nyawa....."

Medic Save

Merupakan Kad Perubatan (Medical Card) yang menyediakan kemudahan kemasukan ke hospital Swasta dan membiayai kos perubatan anda dengan hanya menunjukkan Kad ini.



Ringkasan Perlindungan:
1. Skop perlindungan        :        Perlindungan manfaat hospital sepenuhnya. 
2. Umur penyertaan           :        30 hari - 59 tahun 
3. Tempoh sijil                   :        Mengikut pelan asas
4. Umur tamat sijil              :        75 tahun
5. Kadar sumbangan          :        Berdasarkan umur kemasukan, anak, dewasa dan matang
6. Manfaat                          :        Pelan asas, manfaat lanjutan dan manfaat tambahan
7. Ciri-ciri istimewa             :        6 pelan yang boleh dipilih   
CONTOH PROPOSEL Umur Peserta : 25 tahun (Lelaki)
Caruman : RM180 / bulan
Tempoh Bayaran : 50 tahun (sehingga umur 75 tahun)

Plan Etiqa Harmoni
• Perlindungan Asas : RM62,741 (Meninggal Dunia atau Lumpuh) 
• Pulangan Matang (50 tahun) : RM274,035 

Rider Medical Card-PLAN 4 
• Manfaat Had Keseluruhan Tahunan : RM60,000
• Khairat Kematian : RM4,000
• Bilik Penginapan Hospital RM200
• Yuran Laporan Perubatan RM80
• Elaun Harian Tunai Bagi Hospital Kerajaan RM80
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar RM1,250
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pergigian RM1,250
• Rawatan Kecemasan Kesakitan RM50
• Rawatan Fisioterapi Bagi Pesakit Luar RM1,250. 

Seperti Yang Dicaj 

• Unit Penjagaan Rapi 
• Yuran Pembedahan Termasuk Anesthetik & Bilik Pembedahan
• Bekalan & Perkhidmatan Hospital
• Lawatan Pakar Perubatan Dalaman 
• Sebelum Kemasukan Ke Hosp./sebelum Pembedahan
• Perkhidmatan Pakar Perunding & Diagnosis 
• Rawatan Sebelum Kemasukan Ke Hospital 
• Pembedahan Pesakit Luar

2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke eTiQa Takaful . Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.
 Fikir-fikirkanlah

* Ramai orang tidak perasan bahawa mereka memerlukan simpanan kos rawatan perubatan 
   sebelum dan selepas    bersara.
* Ramai beranggapan bahawa hospital kerajaan masih mampu untuk menanggung kos rawatan perubatan mereka.
* Kenapa harus kita gunakan wang simpanan untuk dibayar kepada hospital? Wal hal kita telahpun 
   menyimpannya bertahun lamanya?.


Untuk Maklumat Percuma :
Sila hubungi         :      Perunding Takaful Anda
Nama                   :       Awang Tajudin Bin A.k Arsad
Telephon             :       019-5310213
Email                    :       awangtjdin
@yahoo.com

Kerjaya Ejen Insuran / Takaful. Masalah ejen Insuran dan Cabaran ejen Insuran


Kerjaya sebagai seorang boleh memberikan pulangan yang amat menguntungkan. Walaupun begitu bagi seseorang yang baru menceburi bidang ini. Masalah ejen insuran dan cabaran sebagai seorang ejen insuran adalah getir. Memang kita semua sedia maklum kejayaan itu ada namun kadar ejen yang tidak berjaya dalam industri insuran tetap wujud.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memasuki industri insuran adalah:
Kadar pengekalan ejen dalam industri insuran adalah rendah
Dapat dilihat senarai ejen insuran bertukar ganti dalam setiap agensi. Ada yang menceburi untuk satu atau dua tahun sebelum berhenti. Dari segi anggaranya kadar ejen yang kekal dalam industry insuran selepas 5 tahun ialah 20%
Ejen insuran memerlukan modal untuk bergerak
Bergerak untuk berjumpa pelanggan, membuat temujanji dan sebagainya. Ini semua memerlukan duit serta duit untuk perbelanjaan seharian.
Tiada kejayaan dalam sekelip mata
Secara amnya industri ini memerlukan dedikasi dan keazaman yang tinggi untuk berjaya. Tidak semestinya setiap kali berjumpa pelanggan akan membuahkan hasil. Kebiasaanya memerlukan masa untuk berjaya. Kejayaan pasti tiba cuma bila.
Pengorbanan masa yang tinggi
Masa ejen akan dibahagikan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan insuran, mengikuti kursus takaful, menghadiri kelas/kuliah berkaitan takaful insuran. Ejen turut bersekang mata membuat persediaan ( proposal ) sebelum berjumpa pelanggan insuran.
Bekerja tidak tentu waktu
Kadang kala ada yang ingin berjumpa pagi, petang mahupun tengah malam. Menziarahi pelanggan apabila sakit dan sebagainya.
Komitmen dan minat yang tinggi
Komitmen dan minat adalah penting dalam sesuatu kerjaya termasuklah insuran. Dengan minat dan keazaman untuk berjaya ejen insuran boleh langkah lebih jauh dalam industry ini.
Penolakan dalam pembelian insuran
Sebagai ejen insuran penolakan pembelian atau pengelakan membeli adalah suatu yang amat sinonim dalam industri ini. Jangan lemah semangat kebiasaanya prospek belum bersedia. Teruskan usaha. Ada juga penolakan dari keluarga dan rakan-rakan. Ini memerlukan diplomasi yang tinggi dan toleransi dalam mengejar kerjaya sebagai ejen insuran.
Walaupun masalah dan cabaran sebagai ejen insuran adalah besar. Kejayaan tetap mendampingi mereka yang berusaha gigih dan sabar.
* //Anda boleh menghubungi saya di awangtjdin@yahoo.com untuk mengetahui mengenai kerjaya ejen insuran sepenuh masa atau separuh masa.