Monday, 12 March 2012

Kerjaya Ejen Insuran / Takaful. Masalah ejen Insuran dan Cabaran ejen Insuran


Kerjaya sebagai seorang boleh memberikan pulangan yang amat menguntungkan. Walaupun begitu bagi seseorang yang baru menceburi bidang ini. Masalah ejen insuran dan cabaran sebagai seorang ejen insuran adalah getir. Memang kita semua sedia maklum kejayaan itu ada namun kadar ejen yang tidak berjaya dalam industri insuran tetap wujud.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memasuki industri insuran adalah:
Kadar pengekalan ejen dalam industri insuran adalah rendah
Dapat dilihat senarai ejen insuran bertukar ganti dalam setiap agensi. Ada yang menceburi untuk satu atau dua tahun sebelum berhenti. Dari segi anggaranya kadar ejen yang kekal dalam industry insuran selepas 5 tahun ialah 20%
Ejen insuran memerlukan modal untuk bergerak
Bergerak untuk berjumpa pelanggan, membuat temujanji dan sebagainya. Ini semua memerlukan duit serta duit untuk perbelanjaan seharian.
Tiada kejayaan dalam sekelip mata
Secara amnya industri ini memerlukan dedikasi dan keazaman yang tinggi untuk berjaya. Tidak semestinya setiap kali berjumpa pelanggan akan membuahkan hasil. Kebiasaanya memerlukan masa untuk berjaya. Kejayaan pasti tiba cuma bila.
Pengorbanan masa yang tinggi
Masa ejen akan dibahagikan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan insuran, mengikuti kursus takaful, menghadiri kelas/kuliah berkaitan takaful insuran. Ejen turut bersekang mata membuat persediaan ( proposal ) sebelum berjumpa pelanggan insuran.
Bekerja tidak tentu waktu
Kadang kala ada yang ingin berjumpa pagi, petang mahupun tengah malam. Menziarahi pelanggan apabila sakit dan sebagainya.
Komitmen dan minat yang tinggi
Komitmen dan minat adalah penting dalam sesuatu kerjaya termasuklah insuran. Dengan minat dan keazaman untuk berjaya ejen insuran boleh langkah lebih jauh dalam industry ini.
Penolakan dalam pembelian insuran
Sebagai ejen insuran penolakan pembelian atau pengelakan membeli adalah suatu yang amat sinonim dalam industri ini. Jangan lemah semangat kebiasaanya prospek belum bersedia. Teruskan usaha. Ada juga penolakan dari keluarga dan rakan-rakan. Ini memerlukan diplomasi yang tinggi dan toleransi dalam mengejar kerjaya sebagai ejen insuran.
Walaupun masalah dan cabaran sebagai ejen insuran adalah besar. Kejayaan tetap mendampingi mereka yang berusaha gigih dan sabar.
* //Anda boleh menghubungi saya di awangtjdin@yahoo.com untuk mengetahui mengenai kerjaya ejen insuran sepenuh masa atau separuh masa.

4 comments:

  1. 2016 baru nak berjinak2 dlm dunia ni. Moga di permudahkan.

    ReplyDelete
  2. Saya ada beli insurans etiqa.sya nk tukar alamat surat menyurat...mcm mna nk tukar?

    ReplyDelete
  3. Awesome post you have here! A very helpful one. We should be very careful when selecting health care plans. Anyway, Thanks for sharing


    Medical Insurance Plans

    Health Insurance UAE

    Insurance Companies in Dubai

    ReplyDelete
  4. instructive and much intriguing site which connected with me more.Spend a worthful time.Good work author.keep refreshing more.
    Online Tax Services
    Tax Professional
    Online Tax Preparation
    Income Tax Preparation

    ReplyDelete